Sunday, November 22, 2015

Sedikit Homework Mengenai CCFp


Selepas itu, kita cuba bandingkan chart-chart lepas dengan CCFp ni.

Saya cuba lihat GBPUSD dan USDJPY m30 sebelah-menyebelah. Ini adalah penting supaya kita dapat lihat bagaimana USD akan memberikan kesan terhadap kedua pair ini.

Ini ialah USDJPY.
Dan ini pula GBPUSD.

Anda boleh download kedua-dua gambar di atas, ataupun flip dengan pantas. Lihat di mana kotak-kotak tersebut dilukiskan.

Dalam kotak biru, GU turun dan UJ naik. CCFp USD (line berwarna putih tu) sama-sama naik. Ini melambangkan USD menguat berbanding kedua-dua ccy GBP dan JPY.

Dalam kotak kuning pula, garis USD CCFp tu menurun, sama dalam kedua-dua chart, kan? Dalam UJ menurun dan GU menaik. Ini melambangkan USD melemah berbanding kedua-dua GBP dan JPY.

Kotak pink terakhir tu pula sama keadaannya seperti kotak kuning tadi.

Jadi diringkaskan, berikut ialah signal 'utama' yang CCFp boleh bagi secara sepintas lalu.


Kalau keadaan camni hadir, cari peluang Long USD sahaja. Sebaliknya pula...


Kalau gini, Short USD sahaja. 

Analisis sebegini boleh mengurangkan risiko.

Sebagai contoh, kita mahu trade GBPJPY BUY. Tapi pada masa yang sama kita lihat USDJPY sebagai SELL.  Daripada contoh-contoh di atas, kita dapat tau, keadaan berkenaan berisiko untuk kita. 

Kalau GBPJPY kita lihat sebagai BUY, kemungkinan besar USDJPY akan BUY juga. Sebaliknya juga dengan SELL. 


Sekian buat kalini. Anda kena cuba juga indicator ini. Manatau boleh banyak membantu.

No comments:

Post a Comment