Monday, September 7, 2015

GBPUSD 7 September 2015 Pukul 2120 Waktu Malaysia

Berikut merupakan analisis saya untuk GBPUSD ikut timeframe 5 minit pada pukul 9.20 malam pada 7 september 2015 (cuba baca dalam sekali lafaz). Hehehe!

Classic Genesis Matrix.

Ok. Yang atas ni ialah apa yang kita dapat lihat daripada chart. Sekarang mari kita pergi ke analisis pula. Mula-mula analisis price action dulu. Terutamanya berhampiran levels.

Bila Levels main peranan.

  1. Ini apa yang dipanggil Weekly Pivot.
  2. Macam biasa. Kalau jumpa any levels, price akan 'brek' dulu kat mana-mana level tersebut.
  3. Nampak tak permainan sesi EURO hingga LONDON? Selalu sangat berubah arah pada pertengahan jalan.

Kemudian, analisis pulak genesis matrix yer. Perlu dinyatakan di sini saya guna 2 Stoch. 11,6,9 dan 33,6,9 kedua-duanya tf m5.

Genesis+levels.

1. Selepas candle ni tamat, boleh buy.
2. Stoch m15 keluar daripada OB. Genesis pun kata sell. Tapi... Lihat no 3.
3. Price lekat dekat Weekly Pivot. Jadi, mungkin anda patut hold your guns dulu. Jangan tembak dulu. Tunggu pergerakan 'mutlak' dari WP tu.

So, apa yang patut buat kalau price 'sangkut' kat mana-mana level macam kat WP tu?


Buy Stop dan Sell Stop di level-level berikut.

Sell Stop yang atas tu ok. Tapi lebih ok mungkin Sell stop 2. Ingat, kita takut bila price hentam mana-mana levels, dia akan 'slow down'.

Satu lagi, kalau price menghampiri mana-mana pending stop order tu, boleh la refer ke currency strength meter masing-masing. Yang mana-mana pun takpe. Takut-takut ada klu lebih dari situ.

Selalunya, apabila PA menghampiri Buy Stop atau Sell Stop yang saya highlight tu, currency strength meter akan menunjukkan value yang extreme. Samada Very Strong atau Very Weak, kita boleh kesan kerana:
  1. Kalau PA GU cuba break Buy Stop kita: Strength GBP akan very strong atau Strength USD akan jadi very weak. Atau kedua-dua keadaan sekali.
  2. Kalau PA GU cuba break Sell Stop kita: Strength GBP akan very weak atau Strength USD akan jadi very strong. Atau kedua-duanya sekali.
Harap bacaan ni berguna untuk genesis trader sekalian yer!

No comments:

Post a Comment